SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 


MPU 21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 

TAJUK: SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

 

AHLI:

NAMA

NO MATRIK

ANAS BIN MOHD SOLEH

02DKM20F1066

MUHAMMAD AFIQ ASYRAAF BIN MD ARIPIN

02DKM20F1070

 MUHAMMAD BIN KHAIRUL ANUAR

 02DKM20F1086

 

 

PENYELIA: PUAN WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH



PENDAHULUAN

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti . Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut , terdapat tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.

     Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

     Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

     Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa


 

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.


 

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

 

Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja perlembagaan dengan satu car hidup yang dipersetujui bersama. 

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang in adalah daripada rumpun bangsa yang sama.

Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi. Migrasi in berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara melas. Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya ole British. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot meniadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931. Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar 'pecah dan perintah' (divide and rule).

Dasar in memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencemakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.


 

KAUM MELAYU


Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu. Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tana Melayu. Penghijrahan in berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.

Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pula seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2.427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan- kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai. Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi neger masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu. 

Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Bandar-bandar baru in menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu mash kekal di bandar-bandar tradisi tau perkampungan masing-masing.

Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar mash lagi kecil.Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.

British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup. Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya member lebih rang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.

Hari in orang Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia, iaitu merangkumi lebih lima puluh peratus penduduk negara ini. Di malaysia , jika merujuk kepada orang melayu menunjukkan orang itu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu , berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.


 

KAUM CINA


Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina merangkumi dua puluh lima peratus populasi. Kebanyakkan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke Negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adala Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tiggal di kawasan selatan tanah air iaitu di Johor.
 

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.

Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin peat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 orang dan di Larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.

Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina. Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.

Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling bear dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain. Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimping Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.

Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama in ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.

Kebanyakkan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor. Orang Hakka ramai yang menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yang terbesar.

Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.Schingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 orang, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

 

KAUM INDIA


Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di Negara in ialah kaum India yang merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakkan mereka berasal daripada pendatang Selatan India yang berbahasa Tamil, yang dating ke Tanah Melayu sewaktu zaman penjajahan British dulu untuk mengerjakan estet-estet. Mereka dating ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar dari system kasta yang diamalkan di india. Kebanyakkan mereka beragama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil makanan peas dan pakaian sari yang mewah.

Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka. 

Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di lading-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai. Tumpuan masyarakat India in ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam. Selain org Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon.

Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tana Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang- orang Telugu bekerja di estet-estet getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.

Orang Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan. Buruh-buruh India yang bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yang dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yang bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-bangunan kerajaan. 

Mereka yang datang secara sukarela biasanya bekerja di lading-ladang tebu, kopi dan getah. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India in ialah Sistem Kangani.Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari buruh-buruh baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang inilah yang digelar Kangani. 

Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938. Wujud juga sistem yang dinamakan Sistem Kontrak di mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yang disebut di dalam kontrak. Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 orang iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu



CABARAN-CABARAN DALAM MENGERATKAN HUBUNGAN ETNIK.

 

POLITIK

Halangan daripada segi politik timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri,

 

EKONOMI

Halangan dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah seperti mana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membatas kan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.

 

SOSIAL (PENDIDIKAN)

Pada zaman penjajahan,dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Mas alah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum. bertajuk Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia. Salah satu kesanya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara.

 Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.

Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. 


Kesimpulan


Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum, pelbagai adat resam dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar seperti pergaduhan antara kaum. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama, budaya, bahasa dan adat kepercayaan terhadap sesama masyarakat. Tambahan pula, dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai dgn lebih cepat dan mampu lagi memberi kesan yang lebih baik pada negara.


RUJUKAN

Internet:

https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaysia-sabah/etika-dan-undang-undang-ict/topik-01a-pengenalan-penghayatan-etika-dan-peradaban-acuan-malaysia/

https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://ohmypengajianadui.blogspot.com/

http://girlshuhu.blogspot.com/2015/08/komposisi-dan-taburan-penduduk-sebelum.html

https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-etnik


LAMPIRAN

KAUM MELAYU


Baju tradisional masyarakat melayu bagi perempuan ialah berbaju kurung,kebaya.Manakala bagi lelaki pula berbaju melayu.

Ini ialah tempat ibadah bagi kaum melayu yang dinamakan sebagai Masjid.


KAUM CINA

Baju tradisional bagi kaum cina di Malaysia  Cheongsam dan Samfoo. Mereka juga mempunyai pelbagai tarian yang pada hari kerayaan mereka iaitu tarian naga,tarian singa dan tarian kipas.

Ini ialah tempat beribadah bagi kaum cina yang beragama Budha.


 KAUM INDIA

Baju tradisional bagi lelaki ialah kurta dan perempuan pula ialah sari.mereka juga mempunyai persamaan terhadap kaum cina iaitu tarian yang pelbagai yang dinamakan sebagai tarian serimpi,Shobana Chanarakumar,Bharata Natyam dan lain-lain lagi.

Ini ialah tempat ibadah bagi kaum india yang beragama hindu.

Ulasan